LegalPerundangan

Terms of Service

Terma Perkhidmatan

Last updated: 19 November 2026

Kemas kini terakhir: 19 November 2026

The short version
  • RM200 for the first month (includes setup), then RM50/month, charged automatically.
  • Your pages are ready 2–3 working days after payment and receipt of your details.
  • Up to 2 small changes per month are included.
  • Cancel any time before your next billing date.

These Terms of Service (“Terms”) govern your use of the services provided by AzdiTech (“we”, “us”, “our”) through azditech.com. By subscribing to or paying for our services, you (“you”, “the customer”) agree to these Terms.

Our service

Our package includes:

  • Setup of a digital business card and an appointment booking page
  • Hosting and SSL certificate
  • Regular backups
  • Support via WhatsApp
  • Up to 2 small changes per month, such as text, photos, topics or colours

Unused changes do not carry over to the following month. Larger requests, such as new sections, new features or a full redesign, are not included and will be quoted separately before any work begins.

Fees and billing

  • First month: RM200, which includes the one-time setup.
  • Following months: RM50 per month, starting the month after your first payment.
  • Payments are processed by Stripe and charged automatically to your chosen payment method on the same date each month.
  • All prices are in Malaysian Ringgit (MYR). Receipts are sent to the email address you provide at checkout.
  • We may change the monthly fee by giving you at least 30 days’ notice. If you do not agree with the new fee, you may cancel before it takes effect.

Delivery

Your pages will be ready within 2–3 working days after we receive both your payment and all the information we need (name, contact details, photo, content and available appointment times). Working days are Monday to Friday, excluding Malaysian public holidays. Delivery may take longer if the information is incomplete or if you request revisions.

Resume Setup

  • Resume Setup is a one-time service (RM30, no subscription). We rewrite and format your resume, optimized for Applicant Tracking Systems (ATS), using the information you give us in the resume form or on WhatsApp after payment.
  • You receive your resume as editable DOCX and PDF files. Up to 2 rounds of revisions are included; further changes may be quoted separately.
  • You are responsible for checking that everything in your resume is true and accurate before you use it.
  • We do not guarantee interviews or job offers.

Your responsibilities

  • Provide accurate and up-to-date information.
  • Only give us content (including photos, logos, names and text) that you own or have permission to use.
  • Make sure your content, and the way you use your pages, comply with the law and with any rules set by your company, industry or regulator (for example, advertising guidelines for takaful or insurance agents).
  • Do not use your pages for anything unlawful, misleading, harmful or for spam.
  • Handle the personal data of people who book through your pages responsibly and only for the purpose they gave it to you.
  • Keep your admin user ID and password private. Tell us straight away if you think someone else knows your password, and we will reset it.

Content and ownership

You keep ownership of the content you provide. You give us permission to host, display and adjust it as needed to provide the service. AzdiTech owns the designs, templates, code and systems used to build your pages; you have the right to use your pages for as long as your subscription is active. We may show your page as an example of our work, unless you tell us not to.

Cancellation

You may cancel at any time before your next billing date, either yourself at azditech.com/langganan (Stripe’s secure customer page, also linked from the Account page of your editor or admin) or by contacting us via WhatsApp. Your pages will stay online until the end of the period you have already paid for, after which they will be taken offline. We may delete your content 30 days after your pages go offline.

Refunds

  • The first payment (RM200, including setup) is non-refundable once we have started working on your pages.
  • Monthly fees are not refunded for partially used months.
  • If we are unable to deliver your pages, we will refund your first payment in full.
  • Resume Setup is non-refundable once we have started working on your resume. If we are unable to deliver it, we will refund you in full.

Failed payments

If a monthly payment fails, Stripe will retry the charge and we will contact you. If the payment remains unpaid 14 days after the due date, we may suspend your pages until the payment is made.

Availability and results

We make reasonable efforts to keep your pages online and working, but we do not guarantee uninterrupted service. Pages may be briefly unavailable during maintenance or because of problems with third-party services such as our hosting provider, Stripe or WhatsApp. We provide tools to help you present yourself and receive bookings; we do not guarantee any particular number of visitors, leads, bookings or sales. Appointments made through your booking page are arrangements between you and your clients.

Suspension and termination

We may suspend or end your service if you breach these Terms, fail to pay, or use your pages for unlawful or harmful purposes. Where possible, we will contact you first and give you a chance to fix the issue.

Limitation of liability

To the extent permitted by law, our total liability to you for any claim relating to our services is limited to the fees you paid us in the 3 months before the claim arose. We are not liable for indirect or consequential losses, including lost profits, lost business or leads, or loss of data. Nothing in these Terms excludes any liability that cannot be excluded under Malaysian law.

Privacy

How we handle personal data is explained in our Privacy Policy.

Governing law

These Terms are governed by the laws of Malaysia, and any disputes will be subject to the jurisdiction of the courts of Malaysia.

Changes to these Terms

We may update these Terms from time to time. The “Last updated” date at the top shows when they were last changed. We will notify active subscribers of significant changes, and continued use of the service after a change means you accept the updated Terms.

Contact us

AzdiTech

WhatsApp: 011-5500 1961

Website: azditech.com

These Terms are available in English and Bahasa Malaysia. If there is any inconsistency, the English version prevails.

Ringkasannya
  • RM200 untuk bulan pertama (termasuk setup), kemudian RM50/bulan, ditolak secara automatik.
  • Halaman anda siap 2–3 hari bekerja selepas bayaran dan maklumat anda diterima.
  • Sehingga 2 perubahan kecil sebulan disertakan.
  • Batal pada bila-bila masa sebelum tarikh bil seterusnya.

Terma Perkhidmatan ini (“Terma”) mengawal penggunaan perkhidmatan yang disediakan oleh AzdiTech (“kami”) melalui azditech.com. Dengan melanggan atau membuat bayaran untuk perkhidmatan kami, anda (“anda”, “pelanggan”) bersetuju dengan Terma ini.

Perkhidmatan kami

Pakej kami merangkumi:

  • Penyediaan kad perniagaan digital dan halaman tempahan temujanji
  • Hosting dan sijil SSL
  • Sandaran (backup) berkala
  • Sokongan melalui WhatsApp
  • Sehingga 2 perubahan kecil sebulan, seperti teks, gambar, topik atau warna

Perubahan yang tidak digunakan tidak dibawa ke bulan berikutnya. Permintaan yang lebih besar, seperti bahagian baharu, fungsi baharu atau reka bentuk semula sepenuhnya, tidak termasuk dan akan disebut harga secara berasingan sebelum kerja dimulakan.

Yuran dan bil

  • Bulan pertama: RM200, termasuk setup sekali sahaja.
  • Bulan seterusnya: RM50 sebulan, bermula bulan selepas bayaran pertama anda.
  • Bayaran diproses oleh Stripe dan ditolak secara automatik daripada kaedah pembayaran anda pada tarikh yang sama setiap bulan.
  • Semua harga dalam Ringgit Malaysia (MYR). Resit dihantar ke alamat e-mel yang anda berikan semasa pembayaran.
  • Kami boleh mengubah yuran bulanan dengan memberi notis sekurang-kurangnya 30 hari. Jika anda tidak bersetuju dengan yuran baharu, anda boleh membatalkan langganan sebelum ia berkuat kuasa.

Penyerahan

Halaman anda akan siap dalam tempoh 2–3 hari bekerja selepas kami menerima bayaran dan semua maklumat yang diperlukan (nama, butiran hubungan, gambar, kandungan dan waktu temujanji yang tersedia). Hari bekerja ialah Isnin hingga Jumaat, tidak termasuk cuti umum Malaysia. Penyerahan mungkin mengambil masa lebih lama jika maklumat tidak lengkap atau jika anda meminta pindaan.

Resume Setup

  • Resume Setup ialah servis sekali bayar (RM30, tiada langganan). Kami tulis semula dan format resume anda supaya mesra Applicant Tracking System (ATS), menggunakan maklumat yang anda beri dalam borang resume atau melalui WhatsApp selepas bayaran.
  • Anda akan menerima resume dalam fail DOCX (boleh edit) dan PDF. Sehingga 2 pusingan pembetulan disediakan; perubahan tambahan mungkin dikenakan caj berasingan.
  • Anda bertanggungjawab memastikan semua maklumat dalam resume anda benar dan tepat sebelum menggunakannya.
  • Kami tidak menjamin panggilan temuduga atau tawaran kerja.

Tanggungjawab anda

  • Memberikan maklumat yang tepat dan terkini.
  • Hanya memberi kami kandungan (termasuk gambar, logo, nama dan teks) yang anda miliki atau mempunyai kebenaran untuk digunakan.
  • Memastikan kandungan anda, dan cara anda menggunakan halaman anda, mematuhi undang-undang serta peraturan syarikat, industri atau badan kawal selia anda (contohnya garis panduan pengiklanan untuk ejen takaful atau insurans).
  • Tidak menggunakan halaman anda untuk tujuan yang menyalahi undang-undang, mengelirukan, memudaratkan atau untuk spam.
  • Mengendalikan data peribadi individu yang membuat tempahan melalui halaman anda secara bertanggungjawab dan hanya untuk tujuan ia diberikan.
  • Merahsiakan ID pengguna dan kata laluan admin anda. Maklumkan kepada kami segera jika anda rasa orang lain mengetahui kata laluan anda, dan kami akan menetapkannya semula.

Kandungan dan pemilikan

Anda kekal sebagai pemilik kandungan yang anda berikan. Anda memberi kami kebenaran untuk mengehos, memaparkan dan menyesuaikannya mengikut keperluan untuk menyediakan perkhidmatan. AzdiTech memiliki reka bentuk, templat, kod dan sistem yang digunakan untuk membina halaman anda; anda berhak menggunakan halaman anda selagi langganan anda aktif. Kami mungkin menunjukkan halaman anda sebagai contoh kerja kami, melainkan anda memaklumkan sebaliknya.

Pembatalan

Anda boleh membatalkan langganan pada bila-bila masa sebelum tarikh bil seterusnya, sama ada sendiri di azditech.com/langganan (halaman pelanggan Stripe yang selamat, juga dipautkan dari halaman Akaun dalam editor atau admin anda) atau dengan menghubungi kami melalui WhatsApp. Halaman anda akan kekal dalam talian sehingga akhir tempoh yang telah dibayar, dan selepas itu akan diturunkan. Kami boleh memadam kandungan anda 30 hari selepas halaman anda diturunkan.

Bayaran balik

  • Bayaran pertama (RM200, termasuk setup) tidak boleh dikembalikan setelah kami mula membina halaman anda.
  • Yuran bulanan tidak dikembalikan bagi bulan yang digunakan sebahagian.
  • Jika kami tidak dapat menyerahkan halaman anda, kami akan memulangkan bayaran pertama anda sepenuhnya.
  • Bayaran Resume Setup tidak boleh dikembalikan setelah kami mula menyediakan resume anda. Jika kami tidak dapat menyiapkannya, kami akan memulangkan bayaran anda sepenuhnya.

Bayaran gagal

Jika bayaran bulanan gagal, Stripe akan mencuba semula caj tersebut dan kami akan menghubungi anda. Jika bayaran masih belum dijelaskan 14 hari selepas tarikh matang, kami boleh menggantung halaman anda sehingga bayaran dibuat.

Ketersediaan dan hasil

Kami berusaha secara munasabah untuk memastikan halaman anda sentiasa dalam talian dan berfungsi, tetapi kami tidak menjamin perkhidmatan tanpa gangguan. Halaman mungkin tidak dapat diakses seketika semasa penyelenggaraan atau disebabkan masalah perkhidmatan pihak ketiga seperti penyedia hosting, Stripe atau WhatsApp. Kami menyediakan alat untuk membantu anda memperkenalkan diri dan menerima tempahan; kami tidak menjamin sebarang jumlah pelawat, prospek, tempahan atau jualan. Temujanji yang dibuat melalui halaman tempahan anda adalah urusan antara anda dan pelanggan anda.

Penggantungan dan penamatan

Kami boleh menggantung atau menamatkan perkhidmatan anda jika anda melanggar Terma ini, gagal membuat bayaran, atau menggunakan halaman anda untuk tujuan yang menyalahi undang-undang atau memudaratkan. Jika boleh, kami akan menghubungi anda terlebih dahulu dan memberi peluang untuk membetulkan isu tersebut.

Had liabiliti

Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, jumlah liabiliti kami kepada anda bagi sebarang tuntutan berkaitan perkhidmatan kami adalah terhad kepada yuran yang anda bayar kepada kami dalam tempoh 3 bulan sebelum tuntutan itu timbul. Kami tidak bertanggungjawab atas kerugian tidak langsung atau berbangkit, termasuk kehilangan keuntungan, perniagaan atau prospek, atau kehilangan data. Tiada apa-apa dalam Terma ini mengecualikan liabiliti yang tidak boleh dikecualikan di bawah undang-undang Malaysia.

Privasi

Cara kami mengendalikan data peribadi diterangkan dalam Dasar Privasi kami.

Undang-undang yang mentadbir

Terma ini ditadbir oleh undang-undang Malaysia, dan sebarang pertikaian tertakluk kepada bidang kuasa mahkamah Malaysia.

Perubahan kepada Terma ini

Kami mungkin mengemas kini Terma ini dari semasa ke semasa. Tarikh “Kemas kini terakhir” di bahagian atas menunjukkan bila ia kali terakhir diubah. Kami akan memaklumkan pelanggan yang aktif tentang perubahan besar, dan penggunaan berterusan perkhidmatan selepas perubahan bermakna anda menerima Terma yang dikemas kini.

Hubungi kami

AzdiTech

WhatsApp: 011-5500 1961

Laman web: azditech.com

Terma ini disediakan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.